Thursday, 20 January 2022

updated 3:03 AM UTC, Jan 20, 2022

KUFC kekal bebas tunggakan gaji

  • Published in Sukan



KOTA BHARU, 14 Januari- Kelantan United FC (KUFC) menjadi antara pasukan yang kekal bebas daripada dibelenggu masalah tunggakan gaji pemain sejak ditubuhkan pada tahun 2019.

Penasihat KUFC, Wan Roslan Wan Hamat berkata, kunci utama pasukan adalah sentiasa mengamalkan perbelanjaan berhemah mengikut kemampuan kewangan pasukan.

"Kita rangka perbelanjaan itu dengan kekuatan, kemampuan dan hasil yang kita bentuk walaupun gaji tidak seberapa supaya perjalanan itu berjalan licin dan teratur".

"Sejak liga M3 lagi saya tekankan pengurusan kewangan ini makna kita berbelanja secara berhemah jadi Alhamdulillah," kata Wan Roslan.

Beliau berkata, pihaknya amat menitikberatkan aspek tersebut kerana ia melibatkan moral serta prestasi semasa pemain.

Beliau bercakap kepada media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik Antara Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd dengan Kelantan
United FC di Kota Bharu.

KUFC menerima tajaan lebih besar musim ini menerusi kerjasama berterusan dengan syarikat minuman probiotik terkemuka dunia itu.

Pasukan itu menerima nilai tajaan berjumlah RM766,000 meliputi sumbangan tunai, produk dan perancangan program-program pembangunan bola sepak akar umbi.

Pada majlis tersebut, Yakult Malaysia Sdn. Bhd diwakili Pengarah Urusannya Hiroshi Hamada manakala Timbalan Presiden Kelantan United, Datuk Zamri
Ismail mewakili KUFC.