Logo

Messi dalam 'kelas tersendiri', gah raih Anugerah Ballon d'Or kali ke-7

PARIS, 30 November - Bintang Argentina, Lionel Messi terus berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi Anugerah Ballon d'Or dalam majlis yang diadakan di Paris awal pagi tadi.

Ia merupakan satu rekod baharu apabila Messi menjulang gelaran tersebut buat kali ketujuh.

Messi menambah koleksi kejuaraan yang sebelum ini dimenangi pada 2009, 2010, 2011, 2012, 2015 dan 2019.

Kemenangan kali ini dibantu oleh kejayaannya membantu Argentina memenangi kejuaraan Copa America buat kali pertama, Julai lalu.

Messi yang menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dari Barcelona musim ini mengumpul 613 mata menewaskan bintang Poland, Robert Lewandowski yang meraih 580 mata.

Pemain Itali, Jorginho yang membantu Chelsea meraih gelaran Liga Juara-Juara, selain muncul juara Eropah bersama Itali di tempat ketiga.

Manakala pemenang enam kali sebelum ini, Cristiano Ronaldo sekadar di kedudukan keenam terbaik.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.