Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

IMC Sdn Bhd ambil alih Perak FC, bakal struktur dan jenama semula skuad Seladang

  • Published in Sukan

IPOH, 23 November - Perak FC kini 100% milik sebuah agensi pengiklanan, Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd.

Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pembentangan IMC kepada PAFA disamping kesungguhan ditunjukkan bagi pengambilalihan tersebut.

Justeru, segala urusan membabitkan penstrukturan dan penjenamaan semula pasukan termasuk lantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) akan dilaksana IMC kelak.