Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Aaron Chia-Soh Wooi Yik garang mara ke separuh akhir Indonesia Masters

  • Published in Sukan

BALI, 19 November - Pemain beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kejutan apabila menang mudah ke atas pemain ranking ke tiga dunia dari Taipei, Lee Yang-Wang Chi Lin, 21-13, 21-15, dalam saingan peringkat suku akhir Kejohanan Indonesia Masters 2021 sebentar tadi.

Sekaligus, mara ke saingan separuh akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali.

 Mereka dijadualkan bertemu pasangan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dalam saingan separuh akhir, esok.