Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

COVID-19 masih ancaman utama sukan negara, insiden menimpa pasukan NSFC perlu jadi pengajaran

  • Published in Sukan

IPOH, 24 Oktober - 'Jadikan pengajaran'.

Itu nasihat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas 20 pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) disahkan positif COVID-19.

Beliau meminta semua pihak yang terlibat dalam sukan agar lebih berhati-hati sepanjang pandemik ini.

Menurut Datuk Seri Ahmad Faizal, pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) perlu melaksanakan prosedur ketat sekiranya berlaku jangkitan COVID-19 dalam kalangan pemain.

Beliau ditemui pada program Senamrobik Perdana Peja Trophy 2021 di Padang Bola Sepak Lintau, Manjoi, Ipoh.