Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

Pelan Tindakan Industri Sukan Negara digubal

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 9 Oktober - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang menggubal Pelan Tindakan Industri Sukan Negara.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, penggubalan dibuat selepas mengambil kira faktor sukan sebagai antara penyumbang dalam ekonomi negara.

Berdasarkan data Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), sebanyak RM430 juta dibelanjakan rakyat Malaysia untuk tujuan sukan dan riadah sepanjang tahun lalu.

Terdahulu Datuk Seri Ismail Sabri merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara 2021.

Sambutan dibuat secara hibrid bertemakan Menuju ke Arah Negara Bersukan.