Tuesday, 26 October 2021

updated 12:33 PM UTC, Oct 26, 2021

England tarik diri dari Kejohanan Badminton Piala Thomas

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 5 Oktober - Badminton Piala Thomas dan Piala Uber 2021.

England hari ini menarik diri dari menyertai Kejohanan Badminton Piala Thomas.

Ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada Malaysia, yang diundi bersama dalam kumpulan D.

Merujuk kenyataan terkini Badminton England di laman rasmi mereka, badmintonengland.co.uk, pasukan itu menarik diri dari selepas 3 pemain perseorangan utama, dilanda kecederaan.

Meskipun tidak mendedahkan nama pemain-pemain tersebut, namun dalam senarai awal, pasukan itu menyenaraikan pemain nombor 51 dunia Toby Penty, pemain ranking 205 Johnnie Torjussen, Harry Huang di ranking ke 319 dan Ethan Rose, ranking 436.

Malaysia dalam pada itu dijangka tidak menempuhi laluan sukar apabila hanya akan beraksi dalam dua perlawanan kumpulan, bertemu Jepun dan Kanada.

Di atas kertas, Malaysia dan Jepun dijangka mara ke perlawanan suku akhir selepas England menarik diri, namun harus berhati-hati dengan Kanada tambahan Negara menghantar pasukan muda ke Piala Thomas kali ini.

Skuad Piala Thomas Malaysia kali ini dibarisi Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, Cheam June Wei, Leong Jun Hao dan Aidil Sholeh untuk pemain perseorangan manakala Aaron Chia, Soh Wooi Yik, Goh Sze Fei, Nur Izzuddin Rumsani, Man Wei Chong, Tee Kai Wun dan Low Hang Yee bagi beregu lelaki.

Jangan lupa saksikan siaran langsung Kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2021 di Saluran TV1, Saluran Sukan RTM dan Saluran TV Okey.