Tuesday, 26 October 2021

updated 5:28 AM UTC, Oct 26, 2021

Piala Sudirman 2021: Malaysia tumpas di tangan Jepun

  • Published in Sukan

VANTAA, 3 Oktober - Cabaran skuad badminton Malaysia dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland berakhir di peringkat separuh akhir selepas tumpas 1-3 kepada Jepun awal pagi tadi.

Begitupun, pujian harus diberikan kepada barisan pemain muda negara yang berjaya mara ke saingan empat pasukan terbaik kejohanan selepas 2009.

Ia kekalahan kedua Malaysia kepada Jepun selepas ditundukkan 1-4 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan D sebelum ini.

Kali terakhir Malaysia mengatasi Jepun dalam Piala Sudirman ialah pada edisi 2005 di Beijing, China.

Mata tunggal Malaysia dalam aksi separuh akhir tersebut diperoleh menerusi saingan perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang berjaya mengejutkan perseorangan lelaki nombor satu dunia, Kento Momota dengan keputusan 22-20, 21-19.

Tewas di peringkat separuh akhir bermakna Malaysia berkongsi pingat gangsa dengan Korea Selatan yang tumpas 0-3 kepada juara bertahan, China dalam satu lagi aksi sama.