Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

KBS sedia bawa isu insiden Ziyad ke Mahkamah Timbang Tara Sukan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 24 September - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan kemungkinan membawa isu melibatkan Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sekiranya gagal meyakinkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Persatuan Olahraga Para Dunia (WPA).

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, pihaknya akan memohon agar satu sesi pendengaran khas IPC dan WPA terhadap rayuan yang dikemukakan sebelum ini.

Tambah beliau, KBS juga akan meneliti pandangan daripada jawatankuasa siasatan dalaman yang ditubuhkan bagi merancang pelan tindakan susulan mengenai insiden berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Usul Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.

Pada 31 Ogos lepas, kemenangan Muhammad Ziyad dinafikan selepas diklasifikasi sebagai ‘Did Not Start (DNS)’ atau tidak memulakan saingan susulan protes dilakukan terhadapnya oleh pasukan Ukraine yang mendakwa atlet para itu lewat melaporkan diri di bilik menunggu sebelum pertandingan berlangsung.