Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

e-AYVP lahirkan pemimpin belia - Datuk Seri Ahmad Faizal

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 17 September - Program Sukarelawan Belia ASEAN (e-AYVP) Filipina 2021 menjadi penggerak melahirkan lebih ramai pemimpin golongan belia pada masa akan datang.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu program tersebut, mampu menyerlahkan potensi belia untuk mendepani cabaran akan datang terutama era pandemik COVID-19.

Program hasil kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Filipina, Sekretariat ASEAN serta Kementerian Belia dan Sukan Malaysia itu diadakan selama dua minggu bermula 30 Ogos lalu.

Ia berjaya mengumpulkan 231 peserta dari seluruh negara ASEAN termasuk tiga negara lain iaitu China, Jepun dan Korea.

Beliau berkata dalam ucapannya pada Majlis Penutup Program Sukarelawan Belia ASEAN (e-AYVP) Filipina 2021 melalui persidangan video hari ini.