Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

'Selamat tinggal' dunia badminton, Goh Jin Wei umum persaraan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 13 September - Ini berita mengejutkan dari kem badminton negara.

Bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei hari ini mengumumkan persaraannya daripada sukan itu pada usia 21 tahun.

Pemain berasal dari Pulau Pinang mengumumkan persaraan pada usia muda itu menerusi satu video yang dimuat naik di YouTubenya hanya dua hari selepas tidak tersenarai dalam skuad Piala Sudirman.

Jin Wei menyatakan antara sebab keputusannya itu kerana tempoh pemulihan yang panjang selepas menjalani pembedahan akibat sakit dalam perut pada 2019.

Dalam masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan juga buat semua rakan dan peminatnya.

Jin Wei turut berharap semua kekecewaan dan impiannya dapat diteruskan oleh rakan-rakan seperjuangan, Lee Zii Jia dan Lai Pei Jing.

Pada Sabtu, BAM tidak menyenaraikan Jin Wei dalam skuad Piala Sudirman disebabkan tidak bersedia dari segi fizikal untuk kejohanan berpasukan campuran itu tetapi menyenaraikannya untuk Piala Uber.