Logo

Gimnasium dan sukan padang, perlu dibenarkan beroperasi - KBS

JOHOR BAHRU, 8 September - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesyorkan supaya gimnasium dan sukan padang dibenarkan beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Ia susulan kelonggaran diberikan kepada industri kreatif berkuatkuasa, esok.

Jelas menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, operasi semula gimnasium bukan sahaja dapat membantu operator dan jurulatih terlibat yang terjejas pendapatan, malah membantu kecergasan atlet.

Cadangan berkenaan katanya sudah disuarakan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik MBJB Arena Larkin, Johor Bahru.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.