Logo

Paralimpik Tokyo 2020: Pencapaian cemerlang kontinjen Malaysia

SEPANG, 7 September - Pencapaian yang Cemerlang.

Itu rumusan diberikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terhadap prestasi keseluruhan kontinjen Paralimpik Malaysia di di Tokyo yang berjaya membawa pulang 3 emas dan 2 perak.

Pencapaian itu sekali gus meletakkan Malaysia di ranking ke 39 daripada 170 negara bertanding dan kedua terbaik Asean di belakang Thailand.

Menurut Datuk Seri Ahmad Faizal, walaupun kem olahraga gagal mempertahankan dua pingat emas di Rio 2016 melalui Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad Ziyad Zolkefli, namun pingat emas daripada atlet powerlifting, Bonnie Bunyau dan atlet Badminton Cheah Liek Hou dianggap pelengkap kepada pencapaian gemilang Malaysia.

Datuk Seri Ahmad Faizal dan Datuk Megat ditemui selepas meraikan kepulangan 21 kontinjen negara terdiri daripada atlet dan pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Duo emas negara Abdul Latif Romly, Cheah Liek Hou dan bekas pemenang emas Rio 2016, Ridzuan Puzi menjadi kumpulan atlet terakhir pulang ke tanah air.

Edisi Tokyo 2020 menjadi pencapaian terbaik kontinjen paralimpik malaysia sepanjang enam penyertaan sejak tahun 1972.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.