Thursday, 23 September 2021

updated 1:42 PM UTC, Sep 23, 2021

Agong, Raja Permaisuri bangga kejayaan Abdul Latif Romly

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 5 September - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah pencapaian cemerlang Abdul Latif Romly membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan atlet dan individu yang berkualiti, berkaliber dan bertaraf antarabangsa.

Dalam catatan menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka berdua bertitah ia juga membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat dunia.

Selain itu, Seri Paduka berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada atlet kelahiran Perlis itu dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan memahat sejarah serta mengharumkan nama di kejohanan akan datang.