Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Malaysia letak harapan tinggi kepada kontijen Olimpik, Paralimpik Tokyo

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 14 Julai - Malaysia meletakkan harapan tinggi terhadap kontinjen negara pada Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kejayaan paling dinantikan ialah untuk mendengar lagu Negaraku bergema di Tokyo menerusi pingat emas pertama Olimpik.

Datuk Seri Ismail Sabri turut meminta agar kontinjen Malaysia di Olimpik menjaga keselamatan sebaiknya terutamanya atlet-atlet yang menjadi sandaran negara.

Beliau sebelum itu mewakili Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Amanat Perdana kepada Kontinjen Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang diadakan secara maya pada Selasa.

Sukan Olimpik akan berlangsung mulai 23 Julai hingga 8 Ogos, manakala Paralimpik dijadualkan bermula 24 Ogos hingga 5 September.