Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Olimpik 2020: Terjun, basikal dan badminton kekal prospek utama

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 12 Julai - Menjelang Sukan Olimpik 2020.

Terjun, berbasikal dan badminton akan menjadi prospek pingat emas kontinjen Malaysia di Tokyo.

Itu pandangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut berharap semua atlet negara meletakkan sasaran terbaik dalam kedudukan pingat.

Menurut beliau, semua atlet dan jurulatih harus berganding bahu bagi mendapatkan prestasi terbaik biarpun olimpik kali ini berbeza daripada edisi terdahulu.