Logo

Itali julang trofi Euro 2020

LONDON, 12 Julai - Itali menjuarai Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penentuan 3-2 pada aksi final di Wembley.

England kendalian Gareth Southgate mendahului permainan seawal minit kedua menerusi Luke Shaw hasil umpan Kieran Trippier.

Terkejut dengan jaringan awal itu, anak buah Roberto Mancini kembali mencari rentak dan mengawal permainan sehingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Itali meneruskan penguasaan dan hasilnya Leornardo Bonucci mengheret permainan ke masa tambahan dengan gol penyamaan minit ke-67.

Masa tambahan tanpa sebarang gol dan permainan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Sepakan penentuan dilakukan susulan kedua-dua pasukan terikat satu sama.

Domenico Berardi, Leonardo Bonucci dan Federico Bernardeschi menyempurnakan sepakan untuk Itali manakala hanya Harry Kane dan Harry Maguire berjaya menewaskan Donnarumma.

Ketika England seakan mempunyai kelebihan apabila sepakan Andrea Belotti dan Jorginho diselamatkan Jordan Pickford, Marcus Rashford menyaksikan sepakannya tersasar dan Donnarumma menyelamatkan sepakan Jadon Sancho serta Bukayo Saka.

Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma menjadi wira penentuan penalti apabila menyelamatkan dua sepakan dan satu sepakan tersasar untuk menewaskan England pada final Euro 2020.

Itali mengulangi kejayaan menjulang trofi Eropah pada tahun 1968 apabila mengungguli penentuan penalti 3-2 di Stadium Wembley.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.