Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Bekas Atlet PARA Negara, terima sumbangan kenderaan terpakai

  • Published in Sukan

SUNGAI PETANI, 4 Julai - Kesempitan hidup yang dialami bekas Atlet PARA Negara, Krisana Sriujun meraih perhatian pelbagai pihak.

Pemenang pingat gangsa acara lawan pedang berkerusi roda pada Kejohanan Para Asean Indonesia 2018 itu menerima sumbangan berupa sebuah kereta.

Kenderaan terpakai tersebut disumbangkan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, DUN Kedah, Ahmad Fadzli Hashim bersama NGO Muslim CARE Malaysia Society.

Ketika dihubungi RTM Kedah, Krisana berkata, sebelum ini beliau terpaksa berulang alik ke Hospital Alor Setar setiap bulan untuk rawatan isterinya yang menghidap penyakit SystemicLupus Erythematosus (SLE) dengan menaiki motosikal beroda tiga.

Namun dengan adanya kereta tersebut, ia turut memudahkannya berniaga menjual makanan bagi menyara diri dan keluarga.

Dia yang turut dikenali sebagai Azmi Abu Hassan pernah menyertai beberapa kejohanan di peringkat antarabangsa antaranya di Eropah.