Sunday, 1 August 2021

updated 2:02 AM UTC, Aug 1, 2021

Perjuangan Harimau Malaya belum berakhir

  • Published in Sukan

DUBAI, 12 Jun - Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menerima kekalahan Malaysia dengan hati terbuka dan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.

Bagi Cheng Hoe, apa yang penting ketika ini adalah fokus kepada laluan lebih selesa untuk ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.

Untuk itu, skuad negara harus menamatkan kempen di Emeriah Arab Bersatu (UAE) ini dengan menduduki ranking ketiga kumpulan G dan wajib menewaskan Thailand dalam perlawanan terakhir pada 16 Jun ini.

Cheng Hoe mengakui, pastinya terdapat insiden yang boleh dipertikai namun perkara tersebut berlaku sangat pantas dan pengadil telah membuat keputusan yang tidak memihak kepada Malaysia sehingga menyebabkan Harimau Malaya tewas tipis di tangan Vietnam 1-2.

Mahu melupakan detik hitam tersebut, Cheng Hoe menuntut anak-anak buahnya fokus kepada aksi seterusnya bagi mengintai peluang ke Piala Asia.

Malaysia dan Thailand kini berkongsi sembilan mata dalam kumpulan G namun Thailand berkelebihan satu gol.

'Yang sahih di Berita RTM'

#RTM #RTM75 #TerusUnggul #BeritaRTM #COVID19Malaysia #PKP #KitaJagaKita #DaruratCOVID19 #LindungDiriLindungSemua #PemerkasaPlus