Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Mimpi indah Manchester City musnah, Chelsea julang trofi Liga Juara-Juara Eropah 2020/21

  • Published in Sukan

PORTO, 30 Mei - Chelsea muncul juara buat kali kedua Liga Juara-Juara Eropah selepas mengatasi Manchester City, 1-0 pada perlawanan akhir membabitkan kedua-dua pasukan dari England.

Dalam aksi di Estádio do Dragão, Porto, Portugal, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan aksi seimbang pada segenap aspek.

Namun, The Blues memecah kebuntuan menerusi gol tunggal Kai Havertz pada minit ke-42.

Havertz bijak memanfaatkan umpanan Mason Mount bagi memperdaya penjaga gol City, Ederson sebelum menolak bola ke gawang.

Ia kejayaan kedua buat pasukan dari London itu selepas 2012.

Pemain tengah Chelsea, N'golo Kante pula merangkul pemain terbaik perlawanan akhir.

Buat pengendali The Blues, Thomas Tuchel, ia pencapaian amat bermakna selepas pasukan kendaliannya Paris Saint-Germain, tumpas pada peringkat sama kepada Bayern Munich, musim lalu.

Manakala buat jurulatih Manchester City, meskipun berjaya membawa trofi Liga Perdana Inggeris buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun ke Etihad namun dia masih gagal mencapai hasrat pemilik kelab yang mahu kejuaraan kelab Eropah, yang kali terakhir dimenangi Guardiola bersama Barcelona pada 2011.