Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Trofi Liga Europa 'pintu' kembalinya era kegemilangan Manchester United

  • Published in Sukan

GDANSK, 26 Mei - Hanya kejayaan menjulang trofi Liga Europa sahaja yang bakal menentukan musim cemerlang buat Manchester United.

Itu harapan pengurus The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer menjelang aksi final berdepan Villarreal di Gdansk, Poland awal pagi esok, dalam misi memburu trofi sulung sejak kejayaan dalam kempen yang sama di bawah bimbingan Jose Mourinho pada 2017.

Selepas menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris selaku naib juara musim ini, Solskjaer kini dalam misi mengembalikan semula kegemilangan United seperti era Alex Ferguson.

Pengendali dari Norway itu menjadi nadi penting ketika kejayaan United menjulang gelaran trebel pada 1999 termasuk jaringan kemenangannya ke atas Bayern Munich pada final Liga Juara-Juara.

Justeru, pengurus berusia 48 tahun itu berharap dapat menamatkan penantian memenangi gelaran sulungnya sebagai pengurus United sejak tiba di Old Trafford pada 2019.

United mara ke separuh akhir Liga Europa musim lalu namun tewas 1-2 kepada Sevilla yang muncul juara.