Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Persiapan atlet Sukan SEA 2021 berada pada tahap yang baik

  • Published in Sukan

KLANG, 21 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited dan opitimis persiapan atlet-atlet Sukan SEA 2021 berada pada tahap yang baik.

Ia susulan tuan rumah Vietnam mengesahkan temasya edisi Ke-31 itu akan berlangsung seperti dijadualkan bermula 21 November hingga 2 Disember depan.

Timbalan Menteri KBS, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kini semua atlet berada dalam gelembung sukan selain dipantau setiap masa bagi memastikan mereka tidak terdedah kepada COVID-19.

Beliau ditemui selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Kelab Kilat TNB, Klang.

Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal juga mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Harimau Malaya yang baru sahaja tiba di Dubai bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2023/Piala Asia 2022.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu juga akan turun dalam dua aksi pemanas badan bertemu Kuwait 23 Mei ini dan Bahrain pada 28 Mei.

Skuad Harimau Malaya akan memulakan baki saingan Kumpulan G kempen kelayakan itu bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun.