Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia

  • Published in Sukan

KAJANG, 14 Mei - Arena sukan negara hari ini dikejutkan dengan satu perkhabaran sedih apabila atlet memanah negara Haziq Kamaruddin dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi.

Setakat ini, punca kematian Allahyarham masih belum didedahkan.

Jenazah pemanah berusia 27 tahun itu kini berada di Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

Haziq yang berasal dari Johor pernah mewakili negara di Sukan Olimpik 2012 London dan 2016 di Rio de Janeiro dalam acara berpasukan lelaki.