Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

BFM bakal terima tajaan jenama terkemuka

  • Published in Sukan

SHAH ALAM, 14 Mei - Buat julung kalinya selepas lebih 20 tahun penubuhan Persekutuan Besbol Malaysia (BFM), sebuah jenama terkemuka tanah air tampil menjadi penaja rasmi bagi pasukan besbol kebangsaan.

Jelas Presiden BFM, Sazali Husain, penajaan selama dua tahun itu akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Jelas Sazali, penajaan tu melibatkan pakaian rasmi pasukan kebangsaan, pakaian kejohanan dan "kit training".

Beliau gembira dengan perkembangan ini memandangkan sudah ada beberapa pihak yang memberikan perhatian terhadap sukan besbol tanah air.

Dalam pada itu, Sazali turut mengakui pandemik COVID-19 sedikit sebanyak merencatkan perkembangan sukan besbol tanah air.

Namun beliau dapat menggunakan masa terluang untuk menyelesaikan beberapa kemelut dalam persatuan antaranya menyelesaikan hutang lapuk dengan Majlis Olimpik Malaysia dan memperbaiki hubungan dengan badan-badan antarabangsa terutama BFA dan WBSC.