Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Pandelela dapat 'DURIAN RUNTUH'

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 12 Mei - Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menerima durian runtuh berupa wang tunai berjumlah RM10,000 susulan kejayaannya meraih pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Persatuan Sukan dan Rekreasi Tanjung Manis, Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi.

Abang Aditajaya berkata, sumbangan peribadi itu diharap dapat menyuntik semangat dan motivasi Pandelela apabila turun beraksi di pentas Sukan Olimpik 2020 di Tokyo Ogos nanti.

Sumbangan disampaikan kepada abang Pandelela, Pardika Indoma Pamg semalam.

Pandelela kini sedang menjalani kuarantin selama dua minggu selepas pulang dari Tokyo.

Abang Aditajaya bagaimanapun sempat membuat panggilan video dengan ratu terjun negara itu sambil memberi kata-kata semangat dan menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaannya.

Pandelela yang berasal dari Bau, Sarawak, meraih emas dalam acara 10 meter platform individu di Kejohanan Piala Dunia Terjun FINA di Jepun minggu lalu.

Lebih manis, pencapaian itu turut menambah koleksi pingatnya dalam kejohanan tersebut selepas meraih gangsa di Wuhan, China pada 2018.