Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Bekas pelari 400M Olimpik negara Datuk Asirvatham meninggal dunia

  • Published in Sukan

IPOH, 11 Mei - Bekas pelari 400 meter Olimpik negara Datuk Asirvatham Victor meninggal dunia hari ini pada usia 81 tahun selepas mengalami sesak nafas.

Menurut adik ipar mendiang, Anthony Thomas, mayat mendiang dibawa ke rumah adik perempuannya di Jalan Wayang, Buntong di Ipoh untuk penghormatan terakhir sebelum disemadikan di Tambun Catholic Cemetery pada esok.

Datuk Asirvatham mula dikenali selepas menyertai acara pecut 400 meter dalam tiga Sukan Olimpik iaitu Tokyo (1964), Mexico (1968) dan Munich (1972).

Antara pencapaian lain mendiang ialah memenangi 14 pingat emas dalam Sukan SEA bagi acara 400 meter dan 4x400 meter serta mewakili negara pada Sukan Komanwel 1962 dan 1966 selain berjaya membawa pulang empat pingat perak daripada temasya Sukan Asia 1962, 1966, 1970 dan 1974.