Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Real Madrid terlepas peluang pintas pendahulu La Liga

  • Published in Sukan

MADRID, 10 Mei - Real Madrid terlepas peluang untuk merampas kedudukan pendahulu selepas sekadar seri 2-2 di laman sendiri ketika melayan kunjungan Sevilla awal pagi tadi.

Keputusan menyaksikan perebutan untuk merebut kejuaraan liga kembali terbuka di antara Atletico Madrid, Los Blancos dan Catalan.

Menurut Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane, dia tetap positif dengan keputusan itu biarpun terlepas peluang berharga memintas Atletico Madrid.

Tambah Zidane, Los Blancos akan kekal fokus untuk aksi tiga perlawanan terakhir dalam usaha memburu gelaran liga pada musim ini.

Dalam perlawanan tersebut, Sevilla terlebih dahulu di depan pada minit ke-22 menerusi Fernando sebelum Real menyamakan kedudukan hasil gol daripada Marco Asensio pada minit ke-67.

Pada minit ke-78, Sevilla kembali mendahului selepas Ivan Rakitic memanfaatkan sepakan penalti menjadikan kedudukan 2-1.

Tetapi ketika Sevilla hampir mengesahkan tiga mata penuh perlawanan, Real bangkit mengikat kedudukan seri 2-2 ketika masa kecederaan menerusi jaringan Eden Hazard.