Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Penganjuran Olimpik 2020 kini dalam dilema, PM Jepun mahu beri tumpuan cegah COVID-19

  • Published in Sukan

JEPUN, 10 Mei - Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga mengeluarkan kenyataan bahawa penganjuran temasya Sukan Olimpik Tokyo itu bukan menjadi keutamaan buat negara tersebut.

Menurut Suga, keutamaan ketika ini adalah untuk melindungi nyawa penduduk di Jepun dan menjaga kesihatan populasi keseluruhan rakyatnya.

Tambah beliau, langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 perlu menjadi agenda utama berbanding penganjuran Olimpik dan Paralimpik.

Kenyataan Suga itu hadir selepas mendapatkan pandangan umum yang menyaksikan hampir 60% rakyat Jepun meminta agar temasya itu dibatalkan.

Dalam pada itu, dianggarkan lebih 300,000 penduduk Jepun telah menandatangani petisyen bagi membatalkan Sukan Olimpik 2020 sejak lima hari dilancarkan.