Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Ziyad mahu lakar kejutan pada Sukan Paralimpik 2020

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL, 10 Mei - Menjelang Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, jaguh olahraga para negara Muhammad Ziyad Zolkefli menjanjikan kejutan pada temasya itu yang dijadual bermula 24 Ogos depan.

Ketika ini atlet berusia 31 tahun itu berada di tahap prestasi terbaik selain bebas daripada sebarang kecederaan.

Menurut juara bertahan acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) itu, dia yakin sudah bersedia menghadapi temasya sukan terbesar dunia tersebut dengan menuruti semua nasihat jurulatihnya, Mohamad Faizol Harun.

Tambah Muhammad Ziyad, misi utamanya di Tokyo adalah untuk memecahkan rekodnya sendiri selain tidak sabar untuk memulakan kempen Sukan Paralimpik.

Sementara itu, Ziyad berharap untuk menyertai sekurang-kurangnya dua atau tiga kejohanan sebagai pemanas badan ke Tokyo, berikutan ketiadaan kejohanan antarabangsa disebabkan kekangan masa dan situasi semasa pandemik COVID-19.

Muhammad Ziyad yang baru-baru ini melengkapkan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech berkata, beliau berasa lebih yakin untuk beraksi di luar negara.