Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Sebastian Coe optimis Olimpik Tokyo tetap diteruskan

  • Published in Covid19

TOKYO, 10 Mei - Perkembangan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Ketua Atlet Dunia, Sebastian Coe optimis temasya itu tetap akan berlangsung Julai ini walaupun kes jangkitan baharu COVID-19 kembali meningkat di beberapa bahagian di Jepun dan negara-negara lain.

Beliau memberi reaksi tersebut selepas sekumpulan kecil penduduk di Tokyo mengadakan tunjuk perasaan di luar Stadium Olimpik menentang penganjuran temasya tersebut.

Menurut Coe, dia yakin sukan itu dapat memberi kesan mendalam kepada dunia dalam masa sama akan berusaha meyakinkan masyarakat Jepun.

Media tempatan melaporkan lebih daripada 300,000 orang telah menandatangani petisyen dalam talian bertajuk 'Batalkan Olimpik Tokyo Untuk Melindungi Kehidupan Kita' yang dilancarkan oleh seorang peguam dan bekas calon Gabenor Tokyo.

Wabak COVID-19 di Jepun masih jauh lebih kecil berbanding di banyak negara lain malah jumlah kematian juga tidak begitu tinggi.

Tokyo dijangka menerima kehadiran lebih daripada 10,000 atlet dari pelbagai negara bermula Julai ini.