Tuesday, 22 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Neymar setia bersama PSG, sambung kontrak sehingga 2026

  • Published in Sukan

PARIS, 8 Mei - Penyerang Brazil, Neymar akan menyambung kontrak bersama kelab Paris St Germain selama empat tahun sehingga 2026.

Pemain berusia 29 tahun itu mula menyertai PSG dari Barcelona pada 2017 dengan rekod perpindahan bernilai 222 juta euro.

Pada 2019, Neymar mengaku mahu meninggalkan PSG dan mahu kembali bersama Barcelona.

Namun, beliau kekal bersama kelab Perancis itu sehingga berjaya mara ke aksi final Liga Juara-Juara tahun itu.

PSG juga sedang mempertimbang untuk menyambung kontrak Kylian Mbappe yang bakal tamat hujung musim depan.