Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Badminton Terbuka Malaysia ditunda

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 7 Mei - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) terpaksa menangguhkan Kejohanan Terbuka Malaysia yang sepatutnya dijadual berlangsung pada 25 hingga 30 Mei ini.

Perkara itu disepakati kedua-dua badan induk badminton berkenaan setelah menilai situasi semasa lonjakan kes COVID-19 di negara ini.

Malaysia selaku penganjur telah melakukan yang terbaik bagi menyediakan persekitaran kejohanan yang selamat untuk semua peserta.

Namun menurut BAM, keputusan untuk menangguhkan kejohanan itu dilihat sebagai langkah terbaik buat semua.

Bagaimanapun, belum diketahui tarikh baharu penganjurannya.

Terbuka Malaysia 2021 merupakan kejohanan berstatus Super 750 bagi Jelajah Dunia BWF.

Kejohanan Terbuka Malaysia merupakan salah satu kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Olimpik.

Satu lagi kejohanan iaitu yang terakhir menawarkan mata ke Tokyo adalah Terbuka Singapura yang dijadualkan pada Jun.