Wednesday, 23 June 2021

updated 1:36 PM UTC, Jun 22, 2021

Mayweather tidak sabar 'Belasah' Logan Paul

  • Published in Sukan

AMERIKA SYARIKAT, 7 Mei - Bekas Juara dunia welterweight, Floyd Mayweather akui dia tidak sabar untuk membelasah bintang internet, Logan Paul di dalam gelanggang menjelang pertemuan 6 Jun ini.

Bukan itu sahaja, Mayweather juga mahu memastikan ia akan menjadi malam paling mengecewakan buat Paul.

Bekas petinju berusia 44 tahun itu ditemui ketika sidang media menjelang pertarungan mereka berdua di Florida, Amerika Syarikat.

Malah sebelum itu, mereka berbalas kata-kata kesat dengan Paul mengungkit kembali kes keganasan rumah tangga Mayweather pada 2011.

Mayweather dikenakan hukuman penjara tiga bulan selepas menyerang bekas teman wanitanya.

Bukan itu sahaja, Mayweather turut mendakwa dia akan bertarung dan menewaskan adik beradik Paul pada malam yang sama sebelum majlis itu bertukar ganas.

Sementara itu Paul memberitahu AFP dia yakin boleh melakukan apa yang belum pernah dilakukan petinju lain dengan menewaskan Mayweather.