Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Basikal Tour Du Rwanda: TSG raih gelaran terbaik Afika menerusi Metkel

  • Published in Sukan

KIGALI, 5 Mei - Jelajah Berbasikal Tour Du Rwanda 2021.

Pusingan ketiga menyaksikan pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) berjaya meraih satu gelaran Terbaik Afrika menerusi pelumbanya Eyob Metkel.

Dalam perlumbaan sejauh 171.6 kilometer itu Metkel menamatkan aksi di tempat kelima.

Turut menjadi tumpuan dalam aksi peringkat ketiga itu ialah salah seorang pelumba TSG, Carlos Quintero yang berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Pemenang bagi peringkat ketiga menjadi milik Boileau Alan daripada pasukan B and B Hotel PB KTM yang menggunguli aksi berkenaan.

Dalam pada itu, Jersi Kuning terus kekal menjadi milik pelumba daripada pasukan Team Medellin EPM, Sanchez Vergara.

Esok aksi peringkat keempat dijadual berlangsung dari bandar Kigali hingga Musanze dengan jarak sejauh 123.9 kilometer.