Monday, 10 May 2021

updated 2:30 PM UTC, May 10, 2021

Liga Super: KL City FC 3, Penang FC 1

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 5 Mei - Jaringan hat trick Paulo Josue melengkapkan kemenangan bergaya KL City FC membenam pasukan tangga keempat Penang FC dengan keputusan 3-1.

Gol pertama KL City FC hanya hadir pada minit ke-35 menerusi sepakan percuma kapten pasukan Paolu Josue yang gagal ditepis penjaga gol Bryan See.

Penang FC mempunyai peluang menyamakan kedudukan, namun tandukan Casagrande berjaya diselamatkan penjaga gol Kevin Ray Mendoza.

Bersambung babak kedua, Paulo Josue meletakkan KL City FC dua gol di depan melalui jaringan penalti pada minit ke-52.

Asakan Penang FC bagi merapatkan jurang gol selepas itu berhasil menerusi jaringan penyerang Danial Ashraf pada minit ke-63.

Gol ketiga yang juga jaringan hat trick Paulo Josue pada akhir babak separuh masa kedua memastikan tiga mata menjadi milik KL City FC

Tamat perlawanan KL City FC 3, Penang FC 1.