Logo

Liga Premier Futsal Malaysia 2021: 32 pasukan bakal berentap mulai Jun

KELANA JAYA, 4 Mei - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan sebanyak 32 pasukan daripada persatuan bola sepak negeri dan kelab akan beraksi pada aksi musim ini.

Daripada jumlah itu, 20 pasukan bersaing dalam kategori lelaki yang dijadual bermula 12 Jun hingga 28 Ogos sementara 12 pasukan akan memeriahkan saingan kategori wanita dari 12 hingga 22 Ogos.

Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, badan induk itu telah menjalankan saringan dokumen terperinci sebelum meluluskan permohonan 32 pasukan untuk beraksi.

Saingan bagi kategori lelaki dan wanita, masing-masing akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan B.

Selepas diperkenalkan pada 2019, edisi kedua Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) tahun lalu ditangguhkan sebelum dibatalkan ekoran pandemik COVID-19.

Pada majlis undian Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2021 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam, FAM turut mengumumkan Cuckoo sebagai penaja utama MPFL 2021, selain beberapa penaja sedia ada yang meneruskan kerjasama musim ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.