Logo

Skuad Tok Gajah cuba perbaiki prestasi

KUANTAN, 4 Mei - Sri Pahang FC bakal membawa masuk empat pemain import baharu pada jendela perpindahan pemain yang dibuka bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif kelab berkenaan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kehadiran mereka diyakini mampu membantu memulihkan kembali prestasi Pahang.

Empat pemain berkenaan adalah Aung Kaung Mann dari Myanmar, bekas penyerang Sheffield Wednesday iaitu Manuel Hildago, Abubakar Yakubu dari Ghana dan pemain kelahiran Australia, Kenny Athiu.

Menurut Datuk Suffian, tiga pemain sudah berada di Kuantan manakala seorang lagi masih menjalani tempoh kuarantin yang akan berakhir esok.

Dalam masa sama, beliau enggan mendedahkan pemain-pemain import yang bakal dilepaskan dan pengumuman rasmi akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Musim ini, Sri Pahang menyenaraikan lima import iaitu Yevhen Bokhashvili dari Ukraine, Herold Goulon dari Perancis, Lee Tuck dari England, Mamadou Wague dari Lubnan dan Pedro Henrique dari Timor Leste.

Selepas 11 perlawanan, skuad Tok Gajah sekadar mencatat dua kemenangan dan berada di kedudukan kedua tercorot liga Super dengan lapan mata.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.