Saturday, 15 May 2021

updated 2:18 PM UTC, May 15, 2021

Liga Premier : Negeri Sembilan FC terus huni tangga teratas

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 3 Mei - Negeri Sembilan FC terus mengekalkan kedudukan selaku pendahulu liga selepas menundukkan PDRM FC 1-0 di Stadium Kuala Lumpur.

Jaringan tunggal perlawanan hadir pada babak kedua menerusi pemain tengah A. Selvan.

Dalam perlawanan tersebut, PDRM menguasai babak pertama dengan beberapa percubaan menerusi Bruno Suzuki dan pemain gantian Mohamad Nabil.

Namun usaha tersebut gagal membantu pasukan berkenaan menembusi gawang Negeri Sembilan FC.

Aksi babak pertama tamat tanpa sebarang jaringan sekali gus menambah tekanan buat kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-75, Selvan berjaya memecahkan kebuntuan jaringan sekali gus membantu Negeri Sembilan FC meraih kemenangan keenam pada musim ini.

Kini skuad The Jangs berada di tangga teratas liga dengan 21 mata selepas 10 perlawanan berlangsung manakala PDRM FC berada di kedudukan ke-10 dengan lapan mata hasil daripada dua kemenangan dan dua keputusan seri.