Logo

Liga Bola Sepak Malaysia akan diteruskan andai PKP kembali dikuat kuasa

BAYAN LEPAS, 2 Mei - Kejohanan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan diteruskan sekiranya memasuki semula fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyuarakan keyakinan itu berikutan format diguna pakai liga kendalian MFL ketika ini sama seperti PKP terdahulu.

Ini bermaksud, sekiranya ada perubahan, kempen saingan liga akan diteruskan.

Datuk Seri Reezal berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Beliau mengulas mengenai kerisauan yang diutarakan peminat bola sepak tanah air sekiranya PKP dilaksana semula.

Tambahnya, langkah terakhir yang akan diambil adalah penyokong tidak dibenarkan hadir ke stadium menyaksikan perlawanan liga.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, beliau optimis dengan kejohanan itu dan cadangan akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara dalam masa terdekat.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.