Logo

Liga Premier : Sarawak United tumbangkan JDT II

MELAKA, 2 Mei - Sarawak United FC melakar satu gol tanpa balas berdepan JDT II di Stadium Hang Jebat Melaka.

Kemenangan sekaligus membolehkan mereka merampas takhta liga daripada Negeri Sembilan FC.

Babak pertama permainan berlalu tanpa sebarang jaringan.

Meskipun kedua-dua pasukan ada melancarkan beberapa percubaan ke kubu lawan, namun tidak menemui penyudah.

Bersambung selepas rehat, corak permainan berubah menyaksikan skuad kendalian E. Elavarasan lebih mendominasi gelanggang.

Hanya lima minit sebelum wisel penamat dibunyikan, Norshahrul Idlan Talaha akhirnya memecah kebuntuan untuk memberikan kedudukan selesa buat Sarawak.

Tiada pertambahan jaringan selepas itu sekaligus menyaksikan The Golden Hornbill terbang pulang dengan tiga mata dan unggul di puncak Liga Premier dengan 20 mata, dibezakan dua mata dengan Negeri Sembilan FC.

Sementara JDT II di kedudukan keempat dengan 15 mata selepas 10 perlawanan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.