Saturday, 15 May 2021

updated 2:03 PM UTC, May 15, 2021

Sebelah kaki di final, MU garang belasah AS Roma

  • Published in Sukan

MANCHESTER, 30 April - Kebangkitan dramatik Manchester United.

Bermula agak perlahan di separuh masa pertama, anak buah Ole Gunnar Solksjaer membuktikan mereka antara pasukan yang patut digeruni di Eropah.

Bruno Fernandes dan Edinson Cavani masing-masing meledak dua gol untuk membantu United membelasah AS Roma, 6-2 pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi tadi.

Kemenangan besar di Old Trafford itu mencerahkan peluang United untuk melangkah ke perlawanan akhir selepas memiliki bekalan selesa empat gol.

Bagaimanapun, kejayaan itu gagal memuaskan hati Solskjaer selepas melihat United bolos dua gol mudah.

Lorenzo Pellegrini dan Edin Dzeko memadam kelebihan gol awal Fernandes untuk membolehkan kelab Itali itu mendahului 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Tiga minit memasuki babak kedua, Cavani menyamakan kedudukan sebelum meletakkan The Red Devils di depan 3-2.

Tuan rumah terus mempamer aksi kemas dan berjaya menambah jaringan menerusi Fernandes, Paul Pogba dan Mason Greenwood untuk menang dengan keputusan 6-2.