Logo

Kewujudan Liga Super Eropah ditentang pemimpin dunia

LONDON, 19 April - Usaha beberapa individu yang cuba mewujudkan liga bolasepak baharu dikenali Liga Super Eropah mungkin tidak kesampaian selepas menerima tentangan daripada dua pemimpin kerajaan.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron lantang mendesak cadangan ini dibatalkan.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) dari awal lagi tidak bersetuju dengan usaha ini dan menganggap liga ini merupakan liga haram.

Selain kelab-kelab besar dari tiga negara iaitu England, Sepanyol dan Itali, kelab-kelab utama dari Perancis dan Jerman tidak menyatakan persetujuan mereka.

Dalam pada itu, Boris Johnson menjelaskan kehadiran saingan liga baharu ini pasti memberi kesan kepada penyertaan mereka dalam saingan sedia ada.

Dan pandangan ini, secara tidak langsung dipersetujui, Emmanuel Macron.

Rancangan ini turut menerima kutukan dari banyak pihak dalam komuniti bola sepak termasuk daripada bekas pemain Manchester United, Gary Neville yang menganggap usaha ini hanyalah untuk keuntungan pihak tertentu sahaja.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.