Saturday, 15 May 2021

updated 2:37 PM UTC, May 15, 2021

Mourinho akhirnya dipecat Tottenham Hotspurs

  • Published in Sukan

LONDON, 19 April - Selepas 17 bulan membimbing Tottenham Hotspurs, pengurus Jose Mourinho akhirnya dipecat pengurusan kelab.

Spurs mengalami prestasi suram musim ini, gagal mengekalkan kedudukan dalam kelompok lima terbaik Liga Perdana Inggeris selain tersingkir daripada saingan Liga Europa, menjadi antara faktor kuat mengapa Mourinho dibuang pemilik kelab, Deniel Levy.

Bekas pemain tengah Spurs, Ryan Mason dijangka mengambil alih tempat Mourinho sebagai pengurus sementara sambil dibantu Chris Powell sehingga tamat saingan hujung musim ini.

Pengumuman pemecatan Mourinho hadir beberapa jam selepas Spurs menjadi salah satu daripada enam kelab Liga Perdana Inggeris yang bersetuju menyertai saingan Liga Super Eropah.

Spurs mengalami kemerosotan prestasi yang mendadak apabila mereka yang berada di puncak liga pada Disember 2020, kini sekadar menghuni tangga ketujuh.