Saturday, 15 May 2021

updated 2:03 PM UTC, May 15, 2021

Kontijen FAM terima suntikan COVID-19, pemain skuad bola sepak antara yang terlibat

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 19 April - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mendahului senarai penerima suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya hari ini. 

Ia diikuti ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe dan ketua pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak serta 78 orang individu terdiri daripada pemain dan pegawai skuad bola sepak kebangsaan.

Datuk Hamidin memberitahu, ia sedikit sebanyak melegakan pemain dan pegawai FAM menjelang pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu, UAE Jun depan.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada kementerian yang membantu mempercepat proses mendapatkan suntikan mengikut jadual yang ditetapkan.

Skuad Harimau Malaya akan menerima suntikan dos kedua pada 10 Mei depan sebelum berlepas ke UAE pada 20 Mei kelak.