Logo

"Sayangilah The Rhinos", nasihat Presiden SAFA kepada pemain Sabah FC

KOTA KINABALU, 16 April - Pemain Sabah FC disaran tanam kecintaan tinggi terhadap pasukan.

Sikap pentingkan diri perlu dikikis dan mereka juga perlu fokus kepada perlawanan seterusnya.

Demikian dinyatakan Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah, SAFA Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Jelas Bung Moktar, semangat cintakan pasukan adalah kunci utama untuk mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negeri Sabah.

Dalam pada itu, beliau yakin skuad Sang Badak mampu meraih tiga mata penuh apabila melayani kunjungan UiTM FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu esok.

Ia berdasarkan keputusan perlawanan baru-baru ini dengan Penang FC di tempat lawan, Sabah hampir meraih tiga mata penuh namun tercicir di minit-minit akhir perlawanan.

Datuk Seri Bung MOktar berkata demikian kepada media selepas majlis Sungkai SabahFC di SICC, Kota Kinabalu.

Seramai 21 orang anak yatim dari rumah amal kasih kingfisher turut diraikan dan berpeluang beramah mesra dengan pemain-pemain Sabah.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.