Logo

Malaysia perkenal Pelan Strategi Baharu 2021-2030

KUALA LUMPUR, 16 April- RM300 juta diperuntuk bagi menjayakan pelaksanaan Pelan Strategi Pemasaran Penganjuran Acara Perniagaan Malaysia 2021-2030.

Ini seiring matlamat menjadikan Malaysia antara lima destinasi penganjuran acara perniagaan bertaraf dunia, menjelang 2030.

21 strategi dirangka menerusi pelan berkenaan, bagi menjayakan strategi menarik penganjuran acara besar ke Malaysia.

Pelaksanaan pelan itu bakal memberi kesan ekonomi berganda, dengan mewujudkan lebih 25,800 peluang pekerjaan dalam tempoh 10 tahun.

Pelan Strategi itu dilancarkan Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.