Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Vaksin COVID-19: Atlet dan pegawai terlibat ke Tokyo bakal terima suntikan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 13 April - Menjelang temasya Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2021

264 orang atlet dan pegawai yang terlibat dalam kejohanan berkenaan bakal diberikan suntikan vaksin COVID-19 di Dewan Kompleks Sukan DesaTasik, Cheras.

Pemberian vaksin kepada para atlet dan pegawai tersebut serta program yang diatur khas bertujuan menyemarakkan semangat mereka menghadapi temasya terbesar dunia itu.

Ia sebahagian persiapan rapi yang dirancang khusus oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada atlet yang akan ke dua temasya tersebut.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dijadual melancarkan 'Countdown' Detik 100 Hari ke Tokyo 2020 pada 14 April 2021 di Kompleks Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Acara ini akan digerakkan ke seluruh negara termasuk Program Jelajah Road to Tokyo 2020 yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan masyarakat serta membangkitkan semangat atlet.