Friday, 14 May 2021

updated 2:56 PM UTC, May 14, 2021

Promosi produk kesihatan tempatan, atlet jadi duta produk

  • Published in Sukan

IPOH, 13 April - Usaha membantu mempromosi produk keluaran syarikat tempatan menerusi aspek kesukanan di Perak.

Kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri menjalin hubungan kerjasama dengan Suffy Dairy Group Sdn Bhd sebagai produk makanan tambahan kesihatan kepada para atlet di negeri itu.

Exco Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Khairul Shahril Mohamed berkata, kerjasama itu merupakan langkah pertama dalam membantu produk tempatan yang setanding dengan produk popular di pasaran.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran produk dan menandatangani kontrak bersama MSN Perak dan Duta Produk Suffy Activated di Ipoh.

Dalam majlis tersebut, lagenda emas sepak takraw negara, Saladin Abd Rahim dan empat lagi atlet menandatangani kontrak sebagai duta produk.