Wednesday, 21 April 2021

updated 7:07 AM UTC, Apr 21, 2021

Atlet negara diharap terus bersinar di persada antarabangsa

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 30 Mac - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melahirkan rasa gembira terhadap perkembangan terkini sukan negara.

Melalui ciapan di facebook rasmi KBS, beliau berkata bermula dengan kemenangan Lee Zii Jia di Kejohanan All England menentang pemain ternama, Viktor Axelsen menjadi antara buah tangan istimewa.

Begitu juga prestasi pasangan Pearly/Thinaah dan Liu Ying/Peng Soon yang cukup memberangsangkan.

Hujung minggu ini negara turut menerima berita kejayaan Shah Firdaus dan Azizulhasni Awang di kejohanan Australian Track Cycling Championship 2021 di Brisbane bagi acara Keirin dan Sprint.

Begitu juga Badminton Terbuka Poland 2021 di mana pemain muda Malaysia merangkul gelaran juara dalam tiga kategori iaitu perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu campuran.

Beliau mengucapkan tahniah kepada atlet dan pasukan menyifatkan kejayaan ini merupakan hasil kerja keras semua yang terlibat termasuk jurulatih, pengurusan, persatuan sukan kebangsaan, pasukan MSN dan ISN.

Beliau sentiasa percaya bahawa sukan merupakan medan kebersamaan atau 'the moment of unity'.