Logo

'Ardiles Malaysia' mahu pemain muda lebih profesional untuk kembalikan kegarangan Harimau Malaya

TANJUNG BUNGAH, 28 Mac - Pemain bola sepak negara perlu menukar corak pemikiran.

Itu yang disuarakan bekas pemain kebangsaan, Datuk Abdul Shukor Salleh.

Beliau yang pernah digelar 'Mr Cool' dan 'Ardiles Malaysia' atas kebijaksanaannya mengemudi skuad kebangsaan pada era 70-an itu, menyeru pemain muda menjadi lebih profesional ketika latihan dan juga perlawanan.
Jelas beliau, sikap tersebut mampu untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara .

Beliau berkata demikian, ketika menerima kunjungan Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Pulau Pinang di kediamannya hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Pulau Pinang, Radzuan Putah berkata, kunjungan hari ini untuk melihat keadaan Datuk Abdul Shukor yang tidak begitu baik selepas dimasukkan ke hospital swasta di Pulau Pinang akibat terjatuh baru-baru ini.

Beliau dalam masa sama menyeru bekas pemain Pulau Pinang yang belum menjadi ahli persatuan tersebut untuk mendaftarkan diri supaya kebajikan mereka akan lebih terjaga.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.